Latar Belakang Koperasi


Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad


Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (atau Koperasi Tentera) adalah sebuah koperasi serbaguna yang ditubuhkan pada tahun 1960 bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Keahliannya terbuka kepada semua anggota ATM dan kakitangan awam yang berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan Malaysia. Setakat bulan Disember 2008[1], Koperasi Tentera memiliki keahlian seramai 145,195 orang dan jumlah aset terkumpul sebanyak RM1.703 bilion.